Friday, December 27, 2013

Thumbs up review



  • ~Ustaz Mu Tunggu Aku Datang~ Semua orang pun tahu saya ni boikot filem-filem Islamik yang dibuat atas dalil "niat yang baik". Apatah lagi filem-filem fasiq, lebih-lebih lagi kena boikot.... Dah banyak filem-filem Islamik keluar kat filem tapi banyak sekali maksiat dalamnya yang dipamerkan kepada umat... Ayat-ayat cinta, ketika cinta bertasbih, 7 petala cinta...entah apa nama lagi entah... Asal pakai purdah, pakai kopiah, terus filem tu dicop Islamik.. Sedangkan semua orang Islam tahu Islam haramkan pembukaan aurat, persentuhan lelaki wanita, galakan cinta luar nikah/couple islamik, scene zina/rogol walaupun semua tu cuma LAKONAN.... Tak kiralah apa niat nya.. Kalau makan babi, niat makan kambing, babi tu tak kan jadi halal sampai kiamat.... Atas sebab itu saya haramkan diri saya dan anak isteri saya daripada terlibat dengan benda-benda macam ini... Tapi baru-baru ni kita digemparkan dengan filem "Islamik" terbaru terbitan Pakcik David Teoh (semoga Allah beri hidayat kepadanya) iaitu Ustaz Mu Tunggu Aku Datang... Mula-mula saya tak kisah sangat hal ni... Tapi bila nampak muka Syeikhuna Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus Hafizahullah terpampang kat poster filem tu, tiba-tiba hati terdetik nak tengok... Sebab Ustaz Azhar bukan orang jahil. Kalau muka beliau terpampang, bermakna filem tu betul-betul "Islamik". Sebab beliau tentu pantau pembikinan filem tu untuk elakkan fitnah pada dirinya. Apa lagi...download lah... Tak boleh blah punya cerita... Memang tergelak-gelaklah jugak saya tengok... Lagi-lagi bab Nora Danish amek wudhu' tu... Pastu scene pasal 1 marhalah pun sempoi jugak... Alhamdulillah, seumur hidup saya, inilah kali pertama saya tonton filem yang betul-betul Islamik... 1) Tak ada sorang pun pelakon wanita terlibat. 2) Tak ada scene bukak aurat. 3) Tak ada galakan cinta haram luar nikah. 4) Tak ada persentuhan haram laki perempuan. 5) Tak ada saya jumpa perkara haram yang "diniatkan" lakonan dilakukan. Dari segi rate, boleh kata 90% Islamik lah. Cuma ada slack sikit bab muzik. Muzik diharamkan oleh 4 mazhab Islam dan kata Nabi kelak di akhir zaman akan ramai yang menghalalkannya. Antara tanda kiamat yang dikhabarkan Nabi juga ialah berleluasa muzik. Hanya muzik berketuk macam gendang,kompang, duff dan sebagainya sahaja dibenarkan Islam dan pernah dilakukan oleh para Sahabat Nabi. Kalau yang bertali, bertiup tu semua termasuk piano tak boleh. Walaupun ada ulama-ulama akhir zaman yang kata benda tu harus selagi tak lalai, ia tetap tidak boleh melawan ijmak jutaan ulama sejak zaman Nabi sampai sekarang bahawa ianya haram. Malas nak cakap banyak, nak ikut mana, itu korang punya suka, jangan panjangkan debat. Yang penting, jalan ulama terdahulu lebih selamat dan lebih dekat dengan cara Nabi. So kalau filem tu dihapuskan muzik dan ganti dengan muzik halal... Insya Allah filem tu 100% layak dipanggil "Islamik" lah.... Note: bila difikirkan, pakcik David Teoh yang bukan Islam ni cukup giat menerbitkan filem-filem Islamik berbanding penerbit so-called Muslim yang lain. Semoga Allah perkenan memberi hidayah kepada beliau dan ucap kalimah suci Lailahailallah Muhammadur Rasulullah. Amin. - Perkongsian dari hasil tulisan Ibnu Batoota Owsem |https://www.facebook.com/thembymhlongo/posts/503149079798464. Gambar dari http://instagram.com/p/hRI1M_FPSu/

Monday, December 23, 2013

tq APG

Tersentap Jantung Gue

[Kredit]

Pagi tadi seperti biasa, bagi membunuh masa-masa terluang di dalam tren, saya mengambil kesempatan untuk menghabiskan tilawah al-Quran saya. Inilah antara kelebihan menaiki tren ke tempat kerja di mana saya punya ruang dan peluang untuk melakukan pelbagai perkara, termasuklah menghapdet status di MukaBuku. Eh.

Ditakdirkan Allah, saya bermula dengan muka surat pertama surah al-Anbiya'. Saya pon bacalah tanpa menaruh sebarang rasa syak wasangka. Eh, macam familiar pulak ayat ini, hati saya bermonolog dalaman. Lantas saya menjeling maksud ayat yang baharu sahaja saya baca:

"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat)."
[al-Anbiya', 21:1]

Gulp. Jantung saya berdebar-debar. Kenapa ayat ini lain macam kerasnya..?

Lantas saya membaca pula ayat kedua, dengan rasa sedikit teruja kerana mahu tahu apakah sambungan kepada ayat yang pertama. 

"Setiap diturunkan kepada mereka ayat-ayat yang baru dari Tuhan, mereka mendengarkannya sambil main-main."
[al-Anbiya', 21:2]

Ok. Smack. Down. 

Terasa seperti mahu gugur jantung ketika itu. Eh ke dah gugur..? Peluh.

Mari kita sama-sama bermuhasabah, muhasarawak, muhapahang dan yang sewaktu dengannya, menerusi ayat satu dan dua surah al-Anbiya' ini. 

Kita tahukah bila tarikh kematian kita? Tidak.

Kita tahukah bilanya akan berlaku hari kiamat? Tidak.

Kita tahukah apa nasib kita di Mahsyar kelak. Tidak.  

Kita tahukah berapa jilid buku pahala yang telah kita khatam dan berapa jilid pula buku dosa kita? Tidak.

Dan kita tahukah sama ada kita akan masuk sorga atau tidak? Tidak.

Nah, kita tidak punya jawapan kan untuk semua itu? Tapi apa yang kita lakukan? Apa persediaan kita..?

"...sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat)."

Kita terus dengan gigihnya mengejar dunia. Kita tidak habis-habis berbicara tentang harga rumah, kereta apa nak beli, nak melancong ke mana dan kerusi urut cap apa yang paling mengujakan. Kita tidak kisah melakukan dosa. Kita sudah biasa melihat orang lain bermaksiat dan menganggap ia biasa sahaja. Kita sering membuang masa dengan cakap-cakap dan borak-borak kosong yang tidak mendatangkan manfaat dan amal. 

Mana akhirat kita?

Ketika sujud di tikar sejadah. Ketita menziarahi orang yang sedang nazak nak mati. Ketika kita dijangkiti kudis dan penyakit kulit yang cukup menjijikkan. Ketika bisnes tapewer kita rugi teruk dan kita sudah kehabisan modal. Kita membacakan surah Yaasiin pada pusara nenek dan atok kita. Kita anak kita mahu menghadapi peperiksaan besar. Ketika tiba-tiba bumi yang kita pijak bergegar dan kita cepat-cepat lari menyorok bawah meja. 

Selepas itu? Apa cerita?

Kita kembali menchentai dunia. Kita terus berangan-angan untuk menjadi kaya seperti Mark Zuckerberg, Bill Gates, Tony Fernandes dan Syed Bukhari, sambil menikmati roti cicah kaya. Kita pantas berasa cemburu apabila melihat ada jiran menukar langsir baharu atau ada rakan sekerja yang baru balik melancong dari Uganda. Kita sanggup bekerja lewat malam, buat tiga empat kerja tambahan, semata-mata kerana mahu beli kereta baru yang lebih mewah dan besar dan supaya dapat pakai spek hitam Gucci dan tali pinggang kulit LV. Kita sanggup bermusafir nun ke Kedah sana semata-mata mahu menikmati cendol bakar dan kemudian ke Johor pula untuk makan laksa. 

Geleng kepala. 

Dan apa reaksi dan maklum balas kita apabila ada orang yang sudi mengingatkan? Apabila ada yang cukup berani untuk menegur dan manasihatkan? Apabila ada yang cukup kuat untuk membacakan ayat-ayat Tuhan? 

"Setiap yang diturunkan kepada mereka ayat-ayat yang baru dari Tuhan, mereka mendengarkannya sambil main-main."

Sambil main-main. 

"Lek la brooo. Kecoh la lu. Gua muda lagi kottt. Takkan muda-muda macam ni dah nak sarung jubah pakai serban...??"

"Alah kau ni, seriyes sangatlah. Sekarang dunia dah moden. Biasalah tu laki pompuan campur-campur. Tak kool lah kalau nak asing bagai. Kau ingat ni Taliban ke apa?"

"Eh ayat-ayat Quran tu Allah turunkan untuk Nabi dan para sahabat je en? Tak applicable untuk kita kan...?"

"Nak ikut sunnah Nabi? Ish tak logik kot. Tu sesuai masa dengan Nabi dan para sahabat je la, sesuai dengan padang pasir dan pokok kurma! Tumpuk-tumpuk, tahi unta! Eh."

"Dakwah? Tarbiyah? Usrah? Apa kejadah? Ekstrem gila kaaauu Bedah!"

Seperti si anak yang main-main dengan ibunya yang menyuruhnya mandi. Seakan-akan si murid yang main-main dengan gurunya yang menyuruhnya menyiapkan kerja sekolahnya. Tidak seriyes. Pandang enteng. Main-main. 

Sedangkan... 

"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka..."

Bila-bila masa sahaja Izrail boleh datang mencabut nyawa. Bila-bila masa sahaja kita boleh diserang sakit jantung dek kolesterol yang sudah tersumbat pada salur darah kita. Bila-bila masa sahaja kita boleh dilanggar lori ketika sedang melintas jalan raya.

Na'udzubillah... 

Dan ketika itu, andai kita sedang berada dalam keadaan lalai, sedang asyik bermaksiat dan berbuat dosa, larut dalam kemewahan dan kechentaan kita kepada dunia, kita menanges air jus buah delima sekali pon, tiada apa yang dapat menyelamatkan jiwa kita. 

Dan andai kita menghadap Tuhan dalam keadaan itu, amal kita dihitung ketika mana kita bermain-main dengan ayat-ayatNya dan dahulu ketika di dunia kita langsung tidak mengendahkan seruan yang mengajak kita ke arah kebaikan, percayalah, ketika itu, tiada apa yang dapat menebus kembali penyesalan kita. Hatta dunia dan seisinya, yang suatu ketika dahulu amat kita chentakan itu. 

"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.”
[as-Sajdah, 32:12]

Waduh, tersentap jantung gue! 

Fizo klantan??



"Salam.to all my family members,friends n fans.anda semua dijemput hadir ke majlis kenduri fizo omar n mawar karim di sebelah kelantan iaitu di kediaman keluarga fizo di
Taman sri jawa,16810 selising,pasir puteh,kelantan.(berhampiran jpj selising)
Pada 28 december 2013 (sabtu)
Dari jam 11 tgh hari hingga jam 5ptng.semua di jemput hadir.terima kasih"

Saturday, December 21, 2013

Ya Allah, sungguh ngkau Yang Maha aAgung..


Sky Wave, Costa Rica.


Full Moon Ocean, Greece

Loy Kratong (Floating Lantern) Festival in Chiang Mai, Thailand.


Unbelievable Fingerprint building in Thailand

turtle turtle turtle

Thors Well aka Spouting Horn. Cape Perpetua, near southern Oregon. Especially amazing at high tide and winter storms.

Hillier Lake, Western Australia: The pink and lovely Hiller Lake is the only vividly pink lake you will find in the world. The color is permanent and never changes, even when water is removed and placed in a separate container. Its startling color remains a mystery and while scientists have proven it's not due to the presence of algae, unlike the other salt lakes down under, they still can't explain why it's pink....

the-world-is-a-book

underwater tornado ~ amazing

Rainbow Eucalyptus Trees, Maui, Hawaii, USA--There is a small forest of these trees off the Hana Highway. As the outer bark naturally sheds it leaves strips of green inner bark exposed and as it grows the inner bark turns bluish, orange, purple and maroon.

lightning storm, Grand Canyon

snow clouds

Rainbow waves...

Rainbow Eucalyptus Trees, Maui, Hawaii, USA--There is a small forest of these trees off the Hana Highway. As the outer bark naturally sheds it leaves strips of green inner bark exposed and as it grows the inner bark turns bluish, orange, purple and maroon.